Friday, August 19, 2005

if i fall in love...

taken from a dearest brother's blog...which he quoted from another blog. but i too feel that it is a necessary reminder for the whole lot of us, who often forget the true meaning of the word love, and the true intention of love, and to whom love should be directed to.


i am guilty of such trangressions.


"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu. Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang cinta semu.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai merindukan syurgaMu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindu kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu. Telah berpadu dalam membela syariatMu. Kukuhkanlah ikatannya, ya Allah. Kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nurMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakal di jalanMu."

No comments: