Sunday, November 05, 2006

prayer of love

Allah,

Sesungguhnya Engkau telah memberiku nikmat sahabat yang membawaku kepadaMu, dan Engkau telah memberiku nikmat sahabat yang menerima kekuatan dan kelemahanku, dan Engkau telah memberiku nikmat sahabat yang menyayangi dan mencintaiku. Atas nikmat ini, aku memanjatkan syukurku kepadaMu.

Berikanlah kami perhubungan yang berpanjangan hingga ke syurgaMu, dan kekalkan kami dalam cinta dan kasih sayang terhadapMu dan antara sesama kami, dan teguhkan dan jayakan kami dalam setiap usaha kami keranaMu.

Ya Allah,

Sesungguhnya aku menyayangi mereka yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, maka janganlah Engkau malapkan cintaku melainkan Engkau tidak redha dengan perhubunganku.

Ya Allah,

Sayangilah mereka yang menyayangiku kerana tiada cinta yang lebih agung dari CintaMu, dan bagi mereka yang menyayangiku sedangkan aku tidak mampu menyayangi mereka, ampunilah mereka dan diriku yang lemah ini. Ingatilah mereka yang mengingatiku kerana tiada yang lebih Peka melainkan Engkau, dan sekiranya mereka melupakanku dan aku melupakan mereka, ampunilah mereka dan diriku yang lemah ini.

Allah kepadaMu aku memohon keampunan dan rahmah, dan kepadaMu aku memohon kasih sayang dan mahabbah.

Ilahi anta maqsudi, wa ridhakan matlubi a'tini mahabbataka wa maghfirataka. Salallahu wa sallimu a'la Rasulillahil karim wa a'la alihi wa sahbihi wa sallam. Amin.

No comments: