Friday, October 05, 2007

why i posted the previous 2 posts

nizar rasa nizar cukup bertuah.
kerana mendapat nikmat sahabat yang mengajak kepada kebaikan, dan sahabat yang menuntun kepada keredhaan Allah.

Alhamdulillah, merupakan ucapan yang penuh makna, yang cukup berat ertinya, memanjatkan syukur kepada Allah atas kelebihan yang diberikan. dan cukup sekadar Alhamdulillah, untuk menyampaikan isi hati yang tidak dapat digambarkan betapa gembiranya, dan perasaan betapa beruntungnya atas pemberian ini.

Alhamdulillah.

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati (orang-orang yang dibayangkan) ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".

dan sesungguhkan, nizar amat sayang dan cinta kepada kalian semua. Moga Allah sentiasa merahmati persahabatan kami, dan memberi kami inayah dan barakah di masa mana kami bertemu mahupun tidak. Dan moga dalam ingatan itu, Allah memberi pengampunan dan menambahkan kasih sayang antara kami semua. Amin.

No comments: