Sunday, December 23, 2007

sebagai insan biasa

sebagai manusia, memang menjadi lumrah dalam perhubungan dua-hala, di mana kadangkala, kita dipergunakan, dan kadangkala, kita menggunakan. tetapi tidak semua yang rela dipergunakan, walaupun lazimnya, ramai yang lebih selesa menggunakan. pada amnya, kita tidak begitu menitik-beratkan sama ada kita memegang watak sebagai pengguna, atau yang diguna, lebih-lebih lagi jika perhubungan itu perhubungan yang kita anggap berharga. malah disebabkan tingginya nilai yang kita padankan dengan perhubungan itu, kita mungkin lebih rela untuk dipergunakan.

tetapi setiap orang mempunyai tahap ketegaan yang tertentu. dan mungkin ada masa-masa di mana seseorang menghadapi tekanan akibat memegang watak yang diguna. dan ini mungkin menyebabkan tergugatnya keseimbangan perhubungan itu.

mujur, kesudahan seperti ini dapat dielakkan dengan mudah sekali - memberi penghargaan melalui gaya dan tingkah, serta ucapan yang menggembirakan. walaupun orang yang diguna mungkin tidak memerlukannya, ini adalah salah sebuah adab perhubungan yang amat digalakkan, kerana ia menjamin kebahagiaan di antara semua pihak, dan kerelaan dalam pemberian.

No comments: