Sunday, December 23, 2007

yang lebih mulia

tetapi, di dalam bidang Sufi, sesungguhnya, seseorang yang dipergunakan itu lebih mulia daripada orang yang menggunakan. kerana orang yang dipergunakan memenuhi keperluan orang yang lain daripada dirinya, sementara orang yang menggunakan, memenuhi keperluan dirinya sendiri.

ditukil cerita Sufi agung, Abu Yazid Al-Bistami (q)...

Abu Yazid dalam kezuhudan perjalanan keruhaniannya telah diperintahkan untuk menjadi umpama bekas dimana segala keperluan warga desanya dipikulnya sendiri demi mencari keredhaan Allah. Begitu berat beban yang ditanggungnya, hingga pada suatu hari dia pun rebah akibat keletihan jasmani dan batini. warga desanya pun menghumbankannya di himpunan sampah, kerana dianggap sudah tidak bernyawa lagi. Mereka tidak kisah untuk menguruskannya atau menjaganya, meskipun Abu Yazid telah berkhidmat sepenuh hatinya untuk mereka.

Walhal, Allah Maha Pemurah, dan disebabkan kemurahan hati Abu Yazid dan kerelaannya untuk berkhidmat kepada orang ramai demi Allah, maka dia diberikan kedudukan yang cukup mulia dan istimewa disisi Allah.

khidmat yang ikhlas demi keperluan yang lain dari kita, dan diniatkan kepada Allah - cara yang baik untuk meniti jalan menuju ma'rifatullah.

moga aku diberikan kesabaran dan keikhlasan serupa dengan Abu Yazid (q) dalam aku meniti hidupku ini, lebih-lebih lagi di masa aku memberi khidmat kepada yang lain.

No comments: